me, my life, my story and the others

Friday, May 09, 2008

Salam Perantauan...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, dah agak lama tak menulis pape dlm blog ni... sedikit update kepada sahabat-sahabat yang jauh di sana, alhamdulillah syukur kepada Allah Tuhan sekian alam, saya kini sudah hampir di penhujung semester, kesebokan membuat assignment, tekanan perperiksaan amat dirasai... boleh di kata kan sekarang masing-masing disini, tak kira la di Melbourne University ke, RMIT ke, Monash ke, Deakin ke, masing-masing sedang berada di dalam mood perperiksaan.

Tetapi walau pun sedemikian, kesihatan fizikal dan juga kemantapan spiritual perlu di jaga, degan itu FAMSY (MSD) telah mengada kan sebuah program Seminar sejarah Islam (SEMISI)-2 yg bertajuk Palestine Isu kita pada hari sabtu ini jam 2. insyaAllah seminar ini akan mencerita kan tentang sejarah palestine dengan lebih mendalam dan juga tangungjawab kita sebagai seorang Muslim. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali kedua SEMISI di ada kan, yang pertama telah di adakan di pertengahan Autumn baru-baru ini. SEMISI yg lepas yg bertajuk Ini Sejarah Kita (ISK) mencerita kan tentang kekuatan umat Islam yg bermula dari zaman Rsulullah hingga lah kezaman dimana Islam berada di puncak kekuatan nya di zaman Abasiyah dan sehinggalah kejatuhan Islam pada zaman sekarang, program diakhiri dengan soalan yg tiada jawapan, "adakah ia akan bangkit kembali dizaman kita?" sama-sama kita fikir kan.

Seperti yang di sebut kan tadi, aktivity fizikal tidak dilupa, seperti program yg lalu, aktivity fizikal di sini untuk brothers, biasela tak de bende lain mesti la Bola, ia di mula kan dengan Autumn game hari tu, di ikuti dengan aktivity petang-petang dan sehingalah sekarang aktivity kemuncak iaitu F-2-L, atau famsy football league... minggu hadapan 17/05 akan berlangsung perlawanan ke-3 bagi setiap kumpulan, sy telah diletakan di dalam kumpulan di bawah pimpinan Nazri, kumpulan kami yg di beri nama Al-Hamra atau the red fortress.... minggu pertama perlawanan menyaksi kan kami seri 0-0 dan minggu kedua tumpas 1-0.. insyaAllah minggu ke-3 akan menyaksi kan kebangkitan Al-Hamra'..... untuk maklumat lanjut http://f-2-l.blogspot.com/

Itu lah sedikit sebanyak update yang boleh sy cerita kan, insyaAllah, jika diberi peluang dan semangat untuk meng update kan blog ni, insyaAllah akan di laku kan... saya harap sahabat-sahabt di sana mendoakan kejayaan saya insyaAllah. Sekian dari sahabtmu yang jauh diperantauan... salam

1 Comments:

Blogger NJ said...

wee ^__^ dye dah update blog! bagus betul!

ehehh.. esok besday awak kan ridza

kte wish first la ehk ;)

sing this:

hepi besday to me
i was born in the sea
with the sea horse n the sea anamone
and the clownfish is me..

^__^
heheh.. sanah helwa ya akhi.. semoga berada di bawah naungan rahmat Allah sentiasa ^__^

10:26 AM  

Post a Comment

<< Home