me, my life, my story and the others

Sunday, May 25, 2008

Surat Cinta yang Lama....

Surat Cinta, cube kita bayang kan, apakah perasaan bila kita menerima surat cinta dari kekasih, mesti kita gembira tak terkira, lepas tu apa perasaan jika dalam surat tu kekasih kita megambil berat tentang kita, die takut kita akan hilang dan sesat dekat dunia ini. dia tulis dia sayng sangat dekat kita. Mesti seronok kalau kita pun sayang kekasih tu la. tapi bayang kan apa perasaan kekasih bila dia bagi surat and kita buat macam ni:
  • Tak baca surat tu.
  • Dah la tak baca, simpan sampai berhabuk.
  • Baca tapi kita tak hayati.
  • Kita biar kan orang lain main-main dengan kata kekasih kita.
  • Dah la main, kutuk pulak tu, hina, cakap yang surat kekasih kita ni bahaya...
  • kita pulak buat tak tau je....

Mesti sedih kn. Bayang kan kita bagi surat dekat orang yang kita sayang, lepas tu, die buat mcm tu. Mesti kecewa kn. Bayang kan la apa perasaan kita kalau kita tau die buat macam tu dkt surat kita. Tapi kalau kita tak peduli kan kekasih kita tu... jgn sampai dia cari kekasih lain yang lebih menyayangi dia.

Sedar tak kita yang surat cinta yang dah lama ada dekat almari kita tu. dh seribu 1400 tahun di utus kn. samapai dkt kita. Tapi kita letak dekat Almari. sampai berhabuk. Kadang je kita baca. Baca je ke? lepastu kita buat tak tau dgn surat tu. apa yang kekasih kita bagitau, kita tak endah kan pun. sedih nya.... hmmm bayang kan la ye... hanya sekadar ingatan untuk diri sendiri, tapi kalau ade yg ang ini peringatan utk die juagk bagu la. Sy jugak ade letak gambar surat yang saya dapat dari kekasih saya.





Friday, May 09, 2008

Salam Perantauan...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, dah agak lama tak menulis pape dlm blog ni... sedikit update kepada sahabat-sahabat yang jauh di sana, alhamdulillah syukur kepada Allah Tuhan sekian alam, saya kini sudah hampir di penhujung semester, kesebokan membuat assignment, tekanan perperiksaan amat dirasai... boleh di kata kan sekarang masing-masing disini, tak kira la di Melbourne University ke, RMIT ke, Monash ke, Deakin ke, masing-masing sedang berada di dalam mood perperiksaan.

Tetapi walau pun sedemikian, kesihatan fizikal dan juga kemantapan spiritual perlu di jaga, degan itu FAMSY (MSD) telah mengada kan sebuah program Seminar sejarah Islam (SEMISI)-2 yg bertajuk Palestine Isu kita pada hari sabtu ini jam 2. insyaAllah seminar ini akan mencerita kan tentang sejarah palestine dengan lebih mendalam dan juga tangungjawab kita sebagai seorang Muslim. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali kedua SEMISI di ada kan, yang pertama telah di adakan di pertengahan Autumn baru-baru ini. SEMISI yg lepas yg bertajuk Ini Sejarah Kita (ISK) mencerita kan tentang kekuatan umat Islam yg bermula dari zaman Rsulullah hingga lah kezaman dimana Islam berada di puncak kekuatan nya di zaman Abasiyah dan sehinggalah kejatuhan Islam pada zaman sekarang, program diakhiri dengan soalan yg tiada jawapan, "adakah ia akan bangkit kembali dizaman kita?" sama-sama kita fikir kan.

Seperti yang di sebut kan tadi, aktivity fizikal tidak dilupa, seperti program yg lalu, aktivity fizikal di sini untuk brothers, biasela tak de bende lain mesti la Bola, ia di mula kan dengan Autumn game hari tu, di ikuti dengan aktivity petang-petang dan sehingalah sekarang aktivity kemuncak iaitu F-2-L, atau famsy football league... minggu hadapan 17/05 akan berlangsung perlawanan ke-3 bagi setiap kumpulan, sy telah diletakan di dalam kumpulan di bawah pimpinan Nazri, kumpulan kami yg di beri nama Al-Hamra atau the red fortress.... minggu pertama perlawanan menyaksi kan kami seri 0-0 dan minggu kedua tumpas 1-0.. insyaAllah minggu ke-3 akan menyaksi kan kebangkitan Al-Hamra'..... untuk maklumat lanjut http://f-2-l.blogspot.com/

Itu lah sedikit sebanyak update yang boleh sy cerita kan, insyaAllah, jika diberi peluang dan semangat untuk meng update kan blog ni, insyaAllah akan di laku kan... saya harap sahabat-sahabt di sana mendoakan kejayaan saya insyaAllah. Sekian dari sahabtmu yang jauh diperantauan... salam

Monday, November 26, 2007

Nanti kan Debat Anak Muda

Asslamualaikum....

Dengan ini sy ingin mengumum kan sebuah Blog Debat Artikle utk anak-anak muda, berdebat dgn hasil karya mereka, akan ditubuhkan. Blog ini bertujuaan untuk anak muda tahu dan peka tentang keaadaan yang berlaku di negara mahu pun di luar negara. Ia juga bertujuan untuk kita berkongsi tentang infomasi-infomasi yang kita tidak dapat lihat di kaca tv atau di akhbar akibat oleh media yang telah di kuasai oleh sesetengah kuasa politik. Selain dari pada itu ia juga boleh membentuk anak-anak muda untuk menjadi penulis yang bagus.

Dengan itu mari lah kita nanti kan kehdiran blog ini. Jika ada sesiapa yang mempunyai idea atau pendapat atau cadangan sila email kan ke mudavsmuda@yahoo.com sekian terima kasih.

www.mudavsmuda.blogspot.com



Kuingin Dia Melihatku bak Sebatang Lilin-lemah-kecil

Yang Menyala Dalam Gelap Hingga Akhir Hayatnya

Dan Dia Beroleh manfaat Dari Cahayanya Untuk Masa Nan Singkat


Kuingin Dia Mersakanku Bak Angin Syurgawi yang Berhembus Dari Langit

Yang Membisikkan Kata-kata Cinta

dan Terbang Menuju Kata Tanpa
- Mustapha Chamran


Sunday, November 25, 2007

Tamat nya Diploma ku.... Alhamdulillah......... IIC dlm ingatan




Alhamdulillah.......... lega rasenye bila Diploma sudah dlm tangan... Mcm2 aku lalui semasa aku di IIC, byk benda aku belajar, banyak sgt. Kenagan Pahit Manis masa dkt college memang tk kn dpt aku lupakn.

Aku ingat lagi masa pendaftaran, akulah budak paling skema, siap pakai tie lagi tu... hehehehehehehe..... masa tu college aku dkt batu 4 gombak... mula2 tgk bangunan college sungguh menakut kn. Hmmm aku ingat lagi kawan2 batch aku. Org petame aku kenal mase dkt hostel adalah hasnul... budak blurr tpi baik gile....



ni la gambar terawal aku dgn member2 batch aku... ade yg berjaye sampai ke hujung jalan ada jugak yg kecundang di tengah jln... Hmmmm ape la jadi dkt diorg skrg... Kalau blh temukan la aku dgn diorg...

Banyak bende berlaku di semester pertama aku di IIC, macam-macam, dari yg baik sampai la yang buruk... kalau nk cite semua tk larat. Tpi semester satu adalah semester yg tidak akan ku lupa.

Awal semeter dua collage ku telah berpindah kebaggunan lain....



Disinilah tempat ku habiskan masa... International Islamic College... bertempat di Taman Koperasi Polis... Batu Caves...

selepas ku pindah ke bagunan baru mcm2 aku belajar, disini la tempat ku mula bergiat aktif dlm persatuan...... aku mula berani berkawan... mcm2 jenis kawan aku jumpa, ada yg baik, ada yg jahat, ada yg nampak baik tapi jahat, ada yg nampak jahat tapi baik... mcm2 la

semester demi semester berlalu sapai lah ku ke semester akhir. semester ni bagi aku adalah semester yg paling berjaya, nk tau sebab ape?

1) Sebab aku amik 9 subject ( Maximum subject adalah 6)



2) Jadi Campaign Manager utk slh seorang calon SRC utk pilihan raya college (menang)



3) In charge of VolleyBall tournament ( sambutan yg amat memberangsankan)




dengan kesibukan semua ni, aku tetap berjaya... mengharungi semester ni dgn berjaya sekali Alhamdulillah.....

Selepas keluarnya keputusan, tibanya bulan lima aku telah di anugerah dgn segulung diploma di majlis konvokasyen IIC yg ke-3.... alhamdulillah majlis tu dapat dihadiri oleh bonda, ayahanda, neneknada dan jugak adinda.... sekarang aku sudah mempunyai diploma syukur alhamdulillah....



Tahniah Ahmad Ridza bin Mohd Rozlan!!!!!!!!!

ok smpi sini dulu slm....

Assalamualaikum!!!!!!!!!!

Slm dh agak lame tk Update blog ni... Insyaallah mulai pada saat ini insyaallah akan ku kerap mengupdate blog ni... Insyaallah....... Macam bende terjadi semase blog ni tk di update.... di antara bende2 yg terjadi adalah:

1) Alhamdulillah ku telah Habis Diploma
2) Di beri rezeki utk ku mendalmi Bahasa Quran di yaman
3) Kembalinya Gelombang Rakyat pada Perhimpunan BERSIH
4) Ramadhan 2007
5) Eid 2007
4) 20/10/2007


Ini lah diantara bende2 yg terjadi sepanjang masa Blog ni tk di update kn... insyaallah akan ku cerita kn satu persatu....

ok lah... cukup itk permulaan yg baru ni....

Slm...............

Sunday, February 18, 2007

Janganlah menyusahkan perkara yang baik..

Maszlee Malik

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)

Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia. Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.

Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?

Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.

Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.

Penentuan mahar

Antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya. Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam?

Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya, ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.

Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin, semata-mata kerana halangan mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar?

Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam gelombang maksiat di atas nama coupling dan kebebasan individu.

Cara mengatasinya

Jika benar para siswa dan siswi ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya. Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people". Alasan yang sering diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin..."

Apakah tiada solusi yang praktikal di dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada, Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah solusinya?

1. Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat

Salah seorang siswa pernah mengadukan kerenah birokrasi yang dihadapi beliau untuk bernikah di zaman pembelajaran. Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan prosedur dan juga apa yang termakstub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda IPT yang tidak dapat melalui proses birokrasi yang konvensional.

Pernah berlaku, seorang muallaf yang ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan surat pengesahan masuk Islam dari negara asalnya telah dihalang daripada berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu negara. Muallaf tersebut telah membandingkan proses perkahwinan yang jauh lebih mudah di negaranya yang kafir melalui khidmat gereja berbanding dengan proses pernikahan di Malaysia "Darul Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur saya yang masih muda ini, sudah dua tiga kali para muallaf mengadukan hal yang sama. Lebih parah, ada di antara juru nikah yang tidak berani menikahkan sepasang muallaf hanya kerana tiada surat sokongan dari bapa si gadis yang bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya segelintir kerenah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda bila berhadapan dengan kerenah birokrasi jabatan-jabatan agama dan juru nikah-juru nikah. Realitinya mungkin lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil jalan yang mudah, iaitu dengan berzina atau bersekedudukan mahupun berpacaran yang jauh lebih mudah. Malangnya, di dalam kes mengendap dan mencekup pasangan yang berzina dan berkhalwat, personel-personel agama ini akan beriskap pro-aktif!

Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh ada kaedah "fath al-dharai'" (membuka jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan "al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah" (hukum kepada jalan yang membawa kepada sesuatu perkara adalah mengikut hukum matlamatnya) . Rasulullah SAW juga ada bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti pembuatnya".

Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya tidak hanya mengadakan kursus-kursus perkhawinan, tetapi juga hendaklah menganjurkan kursus "promosi perkahwinan" dan juga "karnival nikah" seperti karnival membeli belah. Eksperiman Jabatan Agama Wilayah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai patut dicontohi oleh semua jabatan agama di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga sepatutnya bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahiwnan beramai-ramai ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Laksanakan ia di Dataran Merdeka ataupun di dataran KLCC agar ianya benar-benar dijadikan sebagai karnival. Biarlah seluruh negeri melakukannya, biarlah ianya menjadi lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya, kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka juga boleh menjadikannya sebagai acara "Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.

2. Peranan IPT

Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.

IPT-IPT juga wajar menganjurkan karnival nikah untuk mengurangkan perbelanjaan kenduri kahwin oleh para pasangan muda. Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu IPT-IPT di dalam menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus juga sepatutnya diberikan kepada pasangan-pasangan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Sebagai contoh, mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5 , bonus daripada HEP akan diberikan. Melalui cara yang sedemikian, masalah penurunan prestasi belajar siswa dan siswi yang telah berkahwin akan dapat diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos sewa rumah di kalangan pasangan-pasangan muda di IPT.

Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak dilakukan, gejala maksiat akan semakin berleluasa di masa hadapan. Lebih ditakuti lagi, apabila maksiat sudah dipandang biasa dan sudah menjadi norma. Pada waktu itu, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang bobrok serta punah. Jika IPT-IPT tidak mengambil inisiatif pun, akan sentiasa terdapat pasangan siswa dan siswi yang akan menggunakan cara lain untuk bernikah. Kelazimannya, Golok akan menjadi destinasi terkahir mereka untuk menghalalkan perhubungan cinta yang sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.

3. Simpanan khas

Para siswa dan siswi tidak sewajarnya hanya mengharapkan pihak lain melakukan sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap pro aktif. Para siswa dan siswi sepatutnya telah mula merancang kehidupan mereka di masa hadapan semenjak hari mereka mengakhiri peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk kehidupan masa depan wajib diusahakan. Pastikan sejumlah daripada segala pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun khas tersebut. Lebih baik jika ianya dimulakan lebih awal daripada itu. Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah pihak siswi pun sepatutnya juga mempunyai usaha yang sama. Pastikan segala duit perolehan hasil durian runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun khas berkenaan. Usaha sebegini akan memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka sudah matang dan mempunyai wawasan.

Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang kematangan anak-anak. Mereka masih lagi risaukan tahap pemikiran dan kematangan anak-anak mereka. Turut silap juga ialah anak-anak juga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa tidak dapat melihat bukti yang anak-anak mereka benar-benar mampu untuk berdikari. Perkara sebaliknya jika mereka mendapati anak-anak tersebut telah mempunyai perancangan dan mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak akan segera dapat dihidu. Amat mengecewakan ramai di kalangan siswa dan siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perancangan yang teliti dan boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi jika mereka hanya beriya-iya hendak kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak bersikap matang di dalam tindakan. Di dalam hal ini jangan dipersalahkan ibubapa yang bersikap konservatif, salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya, mulalah mengumpul duit dari sekarang!

4. Pendapatan sampingan

Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar negara menjadi " best seller". Mengapa?, kerana tuntutan hidup di era globalisasi ini memaksa kita mencari pendapatan sampingan. Begitu juga halnya dengan para siswa dan siswi. Apabila disebutkan pendapatan sampingan, jangan hanya terbayangkan restoran-restoran makanan segera sahaja. Zaman kini adalah zaman "outsourcing" . Kebanyakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya kepada syarikat-syrikat kecil yang lain. Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang grafik, reka bentuk, media, multimedia, peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya perlu rajin lebi sedikit sahaja.

Bagi yang pandai menulis dan melukis, mereka juga boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. Penjualan buku-buku, terutamanya novel dan cerpen kini menjadi begitu popular. Terokailah ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, ruang motivasi, tiusyen, dan banyak lagi kerja-kerja akademik yang boleh mereka lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin, carilah pensyarah-pensyarah yang sedang melakukan pengkajian dan juga penyelidikan. Kebiasaannya para pensyarah tidak akan cukup dengan seorang pembantu kajian (research assistant). Tawarkan khidmat anda, mereka pasti akan gembira untuk mengupah anda bekerja. Peluang perniagaan melalui khidmat-khidmat juga ruang yang boleh dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat juga di kalangan siswa dan siswi yang terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi risikonya tinggi. Perkara yang sering berlaku ialah waktu mereka akan dihabiskan dengan banyak untuk tujuan berkenaan. Mungkin perniagaan insurans lebih ringan daripada MLM.

Apa yang penting di sini, para siswa dan siswi hendaklah mula mengumpul duit untuk berkahwin melalui pendapatan sampingan. Usaha ini akan membantu para siswa dan siswi membina keyakinan di hati para ibubapa. Jikalaulah mereka beralasan anak-anak tidak mampu lagi untuk berkahwin kerana kelemahan di bidang material, maka jika siswa dan siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan sampingan, mereka akan mati hujah.

Pengalaman mencari duit di alam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya mereka. Mereka akan menjadi lebih berdikari, berpengalaman dan lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja itu dilakukan untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya.

Kesimpulan

Tiada masalah yang Allah berikan kecuali di sana ada jalan penyelesaiannya. Di sebalik semua ujian dan cabaran ada hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang tiada pada makhluk lain adalah akalnya. Lontaran ide-ide di dalam artikel ini hanyalah sebahagian dari cetusan minda seorang pendidik. Para siswa dan siswi tentunya lebih kreatif dan lebih mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara yang penting, para siswa dan siswi Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Pastikan juga redha dan juga cinta Allah yang menjadi buruan. Pernikahan adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Perkahwinan juga merupakan wasilah untuk seorang hamba menjauhi larangan Allah. Perkahwinan juga akan dapat membantu para hamba untuk melalui setiap langkah di dalam hidupnya di atas naungan kecintaan Allah. Mengapa bertangguh lagi?, ayuh segera mulakan langkah!

Thursday, February 01, 2007

Pembaziran dalam negara......


oleh: Umar Al-Mujahid


Baru sebulan di tahun 2007 kita dapat lihat banyak program yang di ada kan oleh kerajaan kita untuk tahun melawat Malaysia. Saya berasa amat gembira di atas apa yang telah dilaukukan oleh kerajaan, mana tak nya dalam sebulan ni brpuluh-puluh program yang memerlukan wang yang amat banyak untuk menganjurkan program sebegini. diantara program yang famous untuk permulaan tahun 2007 ni adalh:

1) Majlis pembukaan--------> kurang-kurang RM2 juta
2) Majlis penutup---------> kurang-Kurang RM 500,000
2) Perarakan bunga-------> kurang-kurang RM1 juta
3) Bunga api hampir setiap malam dekat taman tasik titiwangsa----> 500,000 sehari

Tu la di antara program yg di ada kan dalam awal bulan ni so lebih kurang RM5-RM6 juta la habis bulan ni. tapi kita kena ingat tu baru bulan ni kt ada 11 bulan dalam tahun 2007 ni so fikir-fikir la ye.

Pada bulan yang sama jugak kita kena ingat, lebih kurang 70,000 org menjadi mangsa akibat banjir. cuba bayang kan duit-duit yang banyak tu kita bagi dekat mangsa banjir tu. tapi di sebab kan kita di pimpin oleh seorang yg lemah dan timbalan yang bergelumang dalam hiburan, ni lah jadi nye.

cuba bayang kan duit berpuluh-puluh juta yang akan di bazir kan tahun ni, di jadi kan biasiswa untuk pelajar melanjutkan pelajaran? in baru di kata kan pembagunan modal insan. bukan menghabis kan duit rakyat untuk pembagunan fizikal je itu kt kata sebagai insan sebagai modal.

oleh itu kita seharus nya ingat yang bahawa sa nya pada pilihanraya yang diura-ura kn akan terjadi tahun ini kita harus bijak memilih calon yang sesuai untuk memimpin negara kita. ingat jikalau kita melantik pemimpin yang tidak mengunakan quran tu sebagai panduan maka kita akan dikategori kn sebagai bersekongkol dgn mereka masahaalla nauzubillh.

Tuesday, January 30, 2007

"DUA ASPECT POLIGAMI"

oleh: Umar Al-Mujahid


Poligami... isu sensitif yg telah dapat banyak reaksi dan tindak balas dri berbagai pihak, bukan sahaja di malaysia, tapi juga di indonesia. baru-baru ini sebuah filem indonesia telah di tayang kn di malaysia yg berceritakan tentang poligami.program temuramah yg banyak mencerita kn tentang isu wanita telah menjemput artist dan pengarah filem itu utk melaku kn promosi filem mereka. di akhir rancangan, salah seorang dari mereka telah mengeluar kn statement " I am totaly against poligami" bertapa tersentap nya sy apabila mendengar statement sebegitu. sebab itu saya telah tergerak hati untuk menulis tentang poligami dri pemahaman sy tentang poligami yg berlandas kn quran.

Merujuk kepada ayat quran:

" Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu mengawininya) maka kahwinlah dua, tiga, atau empat. kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil maka kahwinilah seorang...."
(surah an-nisa':3)

di atas adalah ayat yg dipetik dari AL-QURAAN kitab yg menjadi panduan dan tempat terletak nya koordinasi perjalanan yg seharus nya kita lalui, jikalau kt tidak berpandu kan nya maka sesat lah kt.

Oleh itu ayat diatas dengan jelas nya telah mennegaskn bahaya boleh nya poligami dalam islam. tetapi mengpa masih ada segelintir MANUSIA SEKULA YG BERGERAK BAWAH NAMA ISLAM, kesana kemari melawan awat Allah sendiri?

apakah hujah mereka? mereka selalu tampil degan hujah yg bahawa sa nya lelaki di zaman sekarang tidak mampu berlaku adil.

Kita perlu lihat di sini dalam dua aspect yg berbeza, yg pertama dari segi hukum, adakah boleh berpoligami dalam islam? Persoalan nya boleh atu tidak? Sudah tentu boleh kerana dalam ayat di atas Allah tidak langsung menhalang utk kaum lelaki utk berpoligami.

Dari aspect yg kedua barulah kt bincangkan tentang siapa yang layak dan siapa yang tidak, selepas kt sudah mengetahui bahawa secara hukum poligami di bolehkn. Memang zaman ini tidak ramai lelaki mempunyai kritiria utk berpoligami. tetapi bukan semua lelaki tidak mempunyai kritiria itu.

oleh itu kt seharus nya tahu membeza kn dua bahagian yg amat penting dalam isu poligami ia itu, Hukum dan Kritiria. Jika kt faham tentang dua bahagian tersebut maka tidak lah kt buta-buta melawan hukum yg telah di tetap kn oleh Allah.